|
|
| Tuesday, 14-Oct-2008 09:28 |
Email | Share | | Bookmark |
|
--==[[ Dont Look Back In Anger ]]==--
|
|
CLICK --==[[ MyPicassa]]==-- FOR MORE PICTURE...
Two crows fight each other
Ahah! Didn't go to work today. MC. Nothing to do. Busy DJ-ing MobileIRC.fm. So many bad thing comes to me lately. Anybody can become
angry. That is easy. But, to be angry with the right person, and to the right degree, and at the right time, and for the right purpose,
and in the right way, that is not within everybody's power. That is not easy. Be not angry that you cannot make others as you wish them to be.
Since you cannot make yourself as you wish to be.
View from my house. Beautiful dawn.
The only justice is to follow the sincere intuition of the soul. Angry or gentle. Anger is just, and pity is just. But judgment is never just.
People who angers you conquers you. The remarkable thing is that we really love other people around us as ourselves. We do unto others
as we do unto ourselves. We hate others when we hate ourselves. We are tolerant toward others when we tolerate ourselves. We forgive
others when we forgive ourselves. We are prone to sacrifice others when we are ready to sacrifice ourselves.
View from my house. Early morning.
Let us not look back in anger or forward in fear, but around in awareness. The intoxication of anger, like that of the grape,
shows us to others, but hides us from ourselves. I am angry nearly every day of my life. Learned not to show it. Still try to hope not to feel it.
Though it may take me another years to do it. How much more grievous are the consequences of anger than the causes of it.
View from my house. Noon.
Who said my life was easy? But instead i'm in denial. Wishing upon a starless night. Know it's out there some we're. Will this life get easier?
Or will i lose everything. Everything i ever worked for. Things never change. I'm still hiding. Working hard and getting nothing in return.
A uniform, a patch, and people who hate me? People who can't stand me? People who don't even know me?
View from my house. Night.
This is my life. A creeper of the night A bearer of freedom. Stop burning my colors. i fight for that…
You just voice your opinion, which i understand. I'll take this stand. And listen to what you have to say anyway. But before you make any
rationalized comments, would you dare walk in my shoes, for just one day? See what i see. Hear what i hear. And Bear what i bear.
Before you comment on my Life. Would you change your life? Like i did mine?
View from my house. Rainy. Morning.
View from my house. Around 3pm. Edited.
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 11-Oct-2008 07:19 |
Email | Share | | Bookmark |
|
MobileIRC[dot]net lagik!
|
|
Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh kepada semua yang selalu kodeng fp saya ini. Terima kasih!
Hari ni dah 11 Oktober 2008. Bersamaan dengan 11 Syawal 1429H. Di mana2 pon masih lagi dengan suasana Aidilfitri. Ada jemputan 'open house' hari ni di Taman Sentosa, Kelang Lama. Tak tau lagi nak pergi atau tidak. Rumah sahabat lama. Lebih setahun tak jumpa. Tengok la nanti macamana. Malam2 takde apa nak buat. InsyaAllah .. sampai la tu karang. Hehe...
Udang Paprik!

'Open house' biasanya diadakna secara kecil - kecilan. Tuan rumah menjemput rakan - rakan, sahabat handai, saudara mara datang ke rumah. Juadah disediakan mengikut kemampuan tuan rumah. Jemputan datang menikmati juadah yang disediakan. Makan. Makan. Makan. Ada juga yang diadakan di dewan atau tempat - tempat terbuka seperti padang dan sebagainya.
Kerabu sotong!

Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum. Rakan taulan yang bukan Islam juga dijemput. Sekaligus menerapkan amalan murni antara masyarakat yang tidak kira bangsa dan agama. Wujud sifat berbaik - baik sesama manusia.
Ikan apa ntah ini..masak merah.. & kailan ikan masin!

'Open house' adalah sesuatu yang unik bagi Malaysia. Menyumbang kepada keamanan dan kebaikan keadaan dalam negara. memupuk persefahaman di kalangan rakyat Malaysia.
Telur dadar & sunkist!

Selamat Hari Lahir kepada Sepoi dan ULatt. Yang ke berapa? Tanya lah empunya diri. Majlis berbuka puasa MobileIRC[dot]net juga mengadakan upacara memotong kek untuk Sepoi & ULatt. Cheese Cake! Yummie!!~~


*****Ini gambar - gambar semasa berbuka puasa bersama MobileIRC[dot]net pada 15 September. Gambar makanan sahaja okek! =D
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 25-Sep-2008 01:19 |
Email | Share | | Bookmark |
|
--==[[ Dah Lama Tak Hapdet! ]]==--
|
|
dah lama tak hapdet!! tak sempat! tak punya masa yang terluang! nGahaha...
Handmade okek! jGn tanye apa2.. kui kui kui ... k0men je boleh~ aHakK!~
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 14-Sep-2008 11:55 |
Email | Share | | Bookmark |
|
--==[[ Asam Boi [dot] Net ]]==--
|
|

Majlis berbuka puasa bersama user2 asamboi[dot]net di Restoran Nelayan, Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur. Pergi bersama aTunG dan RedLipStik. Keluar dari rumah jam 4 lebih. Sampai di Restoran Nelayan jam 5.30. Masih terlalu awal. Lepak sahaja di dalam kereta kerana hujan yang sangat lebat.

Camera habeh bateri. Tak banyak gambar yang dapat diambil. Ada 25 keping sahaja. Termasuk gambar gadis yang makan tak hengat dunia dan gambar tong gas yang digunakan untuk meng 'keep-warm' kan steam bot! Yihaa. Malangnya saya hanya makan makanan lain yang tidak berasaskan 'seafood'. Kalau makan juga udang, ketam, sotong, dll, dada akan rasa susah nak bernafas. So, makan sekadar kenyang sahaja. Huhu.


Ini dia seorang gadis yang makan dengan bersungguh - sungguh tanpa mempedulikan keadaan di sekeliling. AhaKk!~ Maap la ye.. ai curi2 ambil gambar yu. (Kenal pon tidak sebenarnya ni .. Eheh!~) Tempat dia selang 2 meja dari kami. Kira ada la macam ala - ala papparazi gitu...Huhu...

Tediaaaaaaaa... Muka - muka orang kekenyangan.... nGehehehee.....

Ini gambar mangsa keadaan yang terpaksa menunggu turn untuk duduk dan mengambil makanan, walaupun meja telah ditempah terlebih awal oleh As @ RedLipStik.
Terima kasih yang tidak terhinga saya ucapkan kepada As yang membelanja saya dan aTunG untuk Majlis Berbuka Puasa anjuran Asamboi[dot]net ini. Yeay!~
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 10-Sep-2008 19:23 |
Email | Share | | Bookmark |
|
--==[[ Hari Kesepuluh Puasa ]]==--
|
|
The Windows
There's nothing to tell about. Spin this web of deceit. Realize there is no way to retreat.
Barely able to breath. It's impossible to conceive that every lie told and believed. Caught up in this crazy design of confusion.
Lack of truth brought life to this illusion.
Tejin Jr.
Was it love or lust that stole a trust? Leading to this path of foolishness. Sown in the silk of ignorance and guilt.
Not wanting to feel the wrath of loneliness. By many eyes that have been hypnotized. Brainwashed to the point of no return.
Passion is poison. As it flows it burns.
The Snatch
Sanity hanging on by a thread. While thoughts strain to shed. Left a cold surviving on blood. Getting closer soul.
Leaving encapsulated. Almost mummified. Suffocating in this web...barely alive.
The Ring
Call out for in the darkness. When deep in the realms of spirit seeks one.
Passing out beyond the gilded bars that guard a wounded and broken heart.
Bring the healing balm with loving virtues true and restore a faith.
The Knight. So gallant and fearless.
My Dear Sweet Knights, is there any beauty or lady fair who will ever capture your heart?
Was Love's first arrow lodged so deeply that its removal has mortally wounded your soul? For it was not in battle that did strike blows.
Brave Mighty Warrior. This wound beneath armor is seriously grave. Yet, won't let anyone near.
Set face as stone and barred heart from lover's keys. Doubt truly desire to be alone with misery.
The Gordian Knot
No end. No boundaries. No rules or fine lines. Pain. The torture. Searched and searched to find a way to release this pain.
Left with nothing. Always be left with nothing. This is a game that cannot win. Cannot overcome this.
Give up, but there is no point in that, because the feeling will still be there. No matter how defeated may feel, I can't end this.
The Piano.
Sooth the festering wound to begin the mending of heart that has weakened such a strong and mighty man.
To beat strong and sound again. Listen closely. Stand still for one moment. Can you hear and feel a cold chill come over?
Nothing seems to work. Reminisced the past, and even dwell on all the bad memories.
My head is telling me I am a fool and that the pain must end.
--==[[ PrOpErTy Of BadTz]]==--
      
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 7-Sep-2008 19:03 |
Email | Share | | Bookmark |
|
--==[[ Hari Ketujuh Puasa ]]==--
|
|
Peserta - peserta yang mengambil bahagian dalam Merdeka Gath 2008
I dont know what to say . Tadi buka puasa tak makan apa2. Plan nak ke rumah atung. Tetiba tak jadi lak! Kereta problem. Terus moody. Malam, 2100hrs++ abang Shah dgn BujaL datang. Pergi ke Kelana Jaya. Bincang-bincang hal Merdeka Gath dan cadangan lain untuk majlis berbuka puasa dan rumah terbuka MobileIRC.
Orang kuat yang menjayakan Merdeka Gath 2008 dengan wajah yang keletihan. Huehuehue~
Tengah bincang - bincang, dapat sms dari BoNzEr. MIntak update gambar gath. Tadi memang cadang nak update, tapi malangnya gambar belum di transfer dan di edit. Huhu. Maybe esok la kot. Sory aBoN! Ada masa lapang nanti aku update gambar yang lain. Huhu!~
Barisan Urusetia Merdeka Gath 2008. (Missing:RenTunG, BuJaL & Surf)(Amar nyebok! Ahak!)
NotaKaki:Kalau rajin, namakanlah muka2 yang ada tu ye!
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 6-Sep-2008 04:30 |
Email | Share | | Bookmark |
|
--==[[ Hari Keenam Puasa ]]==--
|
|
Nothing special to display. Have no idea. =(
Reach across this gulf widening between us and meet resistance.
Smile. Searching for a road to understanding and touch resentment.
Love offered to assuage hurts looming over. Senses rejection.
Self - denying. An impenetrable wall barring peace~ joy~ self - actualization.
Fittingly called : Life Fulfillment...
For us, an untravelled road!
Some view from inside my car...A journey from Puchong to Gemencheh.
|
|
|
|
|
|
| Friday, 5-Sep-2008 04:19 |
Email | Share | | Bookmark |
|
--==[[ Hari Kelima Puasa ]]==--
|
|
5 Ramadhan 1429
5 September 2008
Hari Kelima Puasa
-------------------------------------------
Ini suasana senja. Time nak dekat waktu berbuka. Tapi nampak macam waktu pagi pula. Huhu...
Tak sempat sahur. Bangun Subuh. Tido balik. Rutin harian dilalui seperti biasa.
Ini pula keadaan jalan raya yang sesak menuju ke pasar ramadan.
1756hrs
Kringg!! Kringg!!
"Hello"
"Buka apa hari ni?"
"Tak tau lagi"
"Pergi pasar ramadan lah"
"Nak beli apa?"
"Beli roti john"
"Tak suka"
"Beli je lah. Pastu beli nasi dengan lauk"
"Ha.. ok2.. tengok lah karang"
Kakak tu gembira dah beli makanan. Hehe.
1811hrs
Kringg!! Kringg!!
"Ye"
"Dah keluar ke belum?"
"Belum"
"Pergi lah cepat. Kang dah lewat sangat"
"Malas nyaaaa"
"Abis tu nak makan apa buka nanti?"
"Ha.. Ye lah.. Ye lah.."
"Beli roti john dengan nasi je"
"Oke. Kejap lagi keluar"
Oke hangguk dia! Huh! Pangkah terus kedai nih!
1832hrs
Niat mahu ke Pasar Ramadan. Mandi. Sarung baju. Keluar semula.
Kedai ni pun pangkah gak! Huh!
1846hrs
Sampai ke pasar ramadan. Jalan jem. Ada yang baru pulang dari kerja. Ada yang memang mahu mencari juadah berbuka. Untung. Dapat parking dekat. Turun dari kereta. Terus berjalan sampai ke hujung. Tidak ada yang menarik. Mati kutu dibuatnya. Tidak tahu apa yang hendak dibeli. Dua kali round. Semuanya tidak menyelerakan. Ada 3 gerai yang menjual roti john. Gerai yang menjual nasi berlauk pun banyak. Tapi, semuanya out! Isk! Sudahnya beli roti john dan nasi berlauk di gerai yang dekat dengan tempat parking kereta. Sempat 'grab' karipap RM1. Lepas beli terus balik.
Juadah berbuka yg sangat tidak menyelerakan. Ini rezeki saya untuk hari kelima berpuasa. Alhamdulillah.. Kenyang juga =)
1917hrs
Sampai di rumah. Belum azan. Masak air. Tunggu.
Allahuakbar... Allahuakbar...
Sayup-sayup suara azan dari masjid. Masuk waktu berbuka. Juadah di jamu. Semuanya TIDAK SEDAP! Semuanya out! roti john rasa masam. Lauk macam dah nak basi. Karipap keras. Argh! RM10 total up beli makanan. Tapi semuanya OUT! Isk! Sabarrrrrrrrrrrrr.... Makanan dijamah sekadar kenyang sahaja.
Mug ni sebenarnya hadiah harijadi daripada adik angkat saya semasa study dulu. Tahun 2000 kot? Huhu...
Hidangan:Nasi lauk ayam kari + daging goreng kunyit.
Roti john
Minuman:
Red Guara Coffee
Segelas air suam
Suasana malam di Ruvena Villa. Time: 8pm++
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 4-Sep-2008 20:55 |
Email | Share | | Bookmark |
|
--==[[ Hari Keempat Puasa ]]==--
|
|
4 Ramadhan 1429
4 September 2008
Hari Keempat Puasa
-------------------------------------------
Sahur. Nasi putih + rendang daging semalam. Red Guara Coffe + segelas air masak.
0605hrs
Kringg! Kringg!
"Bad"
"Ha. cakap. Aku takde suara"
"Bad"
"Ye. Cakap."
"Bad"
"Aku ada ni. Cakap la..."
"Bad... Ibu dah tak ada"
"Haaa????? Innalillahhhh...."
"Bad..."
"Bila Tung?"
"Tadi..."
Tutt.. Tutt....
Mandi. Keluarkan pakaian. Sarung. 'Kedut sangat...' Ambil iron. 'Ahhh...lantak la.. takde sapa nak ngorat pun. Tak payah gosok.' Ambil kunci kereta. Start enjin. Gerak terus ke rumah Atung.
0702hrs
Kringg!! Kringg!!
"Ye"
"Ada mana bad?"
"Aku sangkut kat MRR2"
"Oke"
0726hrs
Kringg!! Kringg!!
"Ha.."
"Dah sampai mana?"
"Kat kepala paip" (pili gergasi kat atas tangki air area Ampang)
"Oke"
0754hrs
"Assalammualaikum...."
"Ibu dah tak ada nak..."
Salam disambut oleh nenek dengan jasad Ibu yang terbujur kaku disisi. Nenek memeluk dengan linangan air mata dan cerita tentang pemergian ibu. Lama. Aku kaku tanpa suara. Perlahan aku renggangkan sedikit pelukan nenek. Tanya di mana aTunG. Naik ke atas mencari aTunG. Perlakuan yang macam ibu kucing hilang anak ditegur oleh makcik aTunG.
"Sham pergi balai."
"Owh. Balai mana?"
"Ampang."
Telefon aTunG. Terus pergi ke balai ditemani adik dia. Selesai urusan di balai. Pulang semula ke rumah aTunG. Tetamu semakin ramai datang menziarah. Baca Yassin. Kali ke-5 ulang bacaan, dada terasa sebak. Keluar. Ajak aTunG ke kereta. Sunyi sepi di dalam kereta.
"Aku nak ambik CeMeY"
Diam.
"Kebumi bila?"
"Lepas Zohor"
"Aku pergi Kajang nanti aku datang balik"
Fikiran melayang pada kali terakhir bersembang dengan arwah Ibu. 'Ini last jumpa ibu, esok ibu dah tak ada...' Terngiang suara ibu di telinga 2 hari lepas. Berhenti membuat pangilan di public phone selepas tol Sg. Besi. (tak sempat nak topup! Huhu!)
Perjalanan ke Kajang diteruskan. Balik semula ke rumah aTunG. Tunggu jenazah diuruskan. Lebih kurang pukul 4, pengebumian selesai. Pulang ke rumah. Mandi. Hantar CeMeY ke Kajang.
1900hrs
Berhenti di Petronas Bangi beli sekotak Milo. On radio:IKIMfm. Azan. Berbuka di dalam kereta dengan sekotak Milo.
Note: There's no picture to describe. Semoga Ibu atung ditempatkan dikalangan orang-orang beriman & solehah. Al-Fatihah.....
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 3-Sep-2008 17:16 |
Email | Share | | Bookmark |
|
--==[[ Hari Ketiga Puasa ]]==--
|
|
3 September 2008
3 Ramadhan 1429
Hari ketiga puasa
-----------------------------------------
Tejin Jr.
1837hrs
Masak nasi. Panaskan rendang daging yang dibekal emak. Masak air.
Nasi setengah
1856hrs
Kring!! Kring!!
"Hello"
"Ye.."
"Buka apa karang?"
"Rendang"
"Nasi dah masak lom?"
"Tengah masak tu.."
"Air?"
"Tak tau nak minum apa lagi ni. Masak air je kang, Buat air. Tu je lah"
"Owh.. Tak keluar Pasar Ramadan?"
"Tak kot. Malas. Awak makan apa?"
"Masak je. Tapi tak tau nak masak apa."
"Oke. Gi lah masak. Kang call lagi"
"Oke. Bye"
Rendang daging
1916hrs
'izinkan aku.. memeluk dirimu.. kali ini saja.. ku ucapkan....'
"Hello"
"Dah siap masak lom tu?"
"Dah.. masak ayam sambal dengan kacang jek.."
"Bestnye! Nak buka sana boleh?"
"Erk! Dah lewat! Tak Payah!"
"Hehehe.. oke.. Selamat Buka!"
"Selamat berbuka gak"
Segelas Red Guara Coffe
1920hrs
Allahuakbar..Allahuakbar...
Masuk waktu berbuka.
Hidangan Berbuka Hari Ketiga
HIdangan:
Nasi putih
Rendang daging
Minumam:
Red Guara Coffe panas
Sila Teka Ini Ialah Apa? Hehe...
|
|
|
|