Want your
own Fotopage?










 
--==[[ PrOpErTy Of BadTz ]]==--

By: Badtz BardSyah

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  1  [2]  3  4  5  >  >>]    [Archive]
Friday, 5-Sep-2008 04:19 Email | Share | | Bookmark
--==[[ Hari Kelima Puasa ]]==--

 
 
 
View all 20 photos...
5 Ramadhan 1429
5 September 2008
Hari Kelima Puasa
-------------------------------------------


Ini suasana senja. Time nak dekat waktu berbuka. Tapi nampak macam waktu pagi pula. Huhu...


Tak sempat sahur. Bangun Subuh. Tido balik. Rutin harian dilalui seperti biasa.


Ini pula keadaan jalan raya yang sesak menuju ke pasar ramadan.


1756hrs
Kringg!! Kringg!!
"Hello"
"Buka apa hari ni?"
"Tak tau lagi"
"Pergi pasar ramadan lah"
"Nak beli apa?"
"Beli roti john"
"Tak suka"
"Beli je lah. Pastu beli nasi dengan lauk"
"Ha.. ok2.. tengok lah karang"



Kakak tu gembira dah beli makanan. Hehe.


1811hrs
Kringg!! Kringg!!
"Ye"
"Dah keluar ke belum?"
"Belum"
"Pergi lah cepat. Kang dah lewat sangat"
"Malas nyaaaa"
"Abis tu nak makan apa buka nanti?"
"Ha.. Ye lah.. Ye lah.."
"Beli roti john dengan nasi je"
"Oke. Kejap lagi keluar"


Oke hangguk dia! Huh! Pangkah terus kedai nih!


1832hrs
Niat mahu ke Pasar Ramadan. Mandi. Sarung baju. Keluar semula.

Kedai ni pun pangkah gak! Huh!


1846hrs
Sampai ke pasar ramadan. Jalan jem. Ada yang baru pulang dari kerja. Ada yang memang mahu mencari juadah berbuka. Untung. Dapat parking dekat. Turun dari kereta. Terus berjalan sampai ke hujung. Tidak ada yang menarik. Mati kutu dibuatnya. Tidak tahu apa yang hendak dibeli. Dua kali round. Semuanya tidak menyelerakan. Ada 3 gerai yang menjual roti john. Gerai yang menjual nasi berlauk pun banyak. Tapi, semuanya out! Isk! Sudahnya beli roti john dan nasi berlauk di gerai yang dekat dengan tempat parking kereta. Sempat 'grab' karipap RM1. Lepas beli terus balik.

Juadah berbuka yg sangat tidak menyelerakan. Ini rezeki saya untuk hari kelima berpuasa. Alhamdulillah.. Kenyang juga =)


1917hrs
Sampai di rumah. Belum azan. Masak air. Tunggu.
Allahuakbar... Allahuakbar...
Sayup-sayup suara azan dari masjid. Masuk waktu berbuka. Juadah di jamu. Semuanya TIDAK SEDAP! Semuanya out! roti john rasa masam. Lauk macam dah nak basi. Karipap keras. Argh! RM10 total up beli makanan. Tapi semuanya OUT! Isk! Sabarrrrrrrrrrrrr.... Makanan dijamah sekadar kenyang sahaja.


Mug ni sebenarnya hadiah harijadi daripada adik angkat saya semasa study dulu. Tahun 2000 kot? Huhu...


Hidangan:Nasi lauk ayam kari + daging goreng kunyit.
Roti john


Minuman:
Red Guara Coffee
Segelas air suam


Suasana malam di Ruvena Villa. Time: 8pm++

Hi! Selamat menjalani ibadah puasa kepada semue umat islam.
Jika anda sedang mencari aksesori yg menawan untuk dipakai di hari raya, silalah ke http://beadsnlaces.fotopages.com untuk melihat aksesori crystal swarovski.
Tq…
Sat 6-Sep-2008 09:39
Posted by:nani lannieacu@hotmail.com
waaaaaaah ko kejam bard asyik gambo makanan jek...lapoooooooooooooooooooo time cmni lh aku lapo..ehehe Sat 6-Sep-2008 10:09
Posted by:BoNzEr bonzer_lv@yahoo.com
uikk~~.. tahun kita tukar alas meja yer tayamm... eheks.. Mon 8-Sep-2008 03:51
Posted by:CeMeY cemeyun@yahoo.com
Add comment


Thursday, 4-Sep-2008 20:55 Email | Share | | Bookmark
--==[[ Hari Keempat Puasa ]]==--

4 Ramadhan 1429
4 September 2008
Hari Keempat Puasa
-------------------------------------------


Sahur. Nasi putih + rendang daging semalam. Red Guara Coffe + segelas air masak.

0605hrs
Kringg! Kringg!
"Bad"
"Ha. cakap. Aku takde suara"
"Bad"
"Ye. Cakap."
"Bad"
"Aku ada ni. Cakap la..."
"Bad... Ibu dah tak ada"
"Haaa????? Innalillahhhh...."
"Bad..."
"Bila Tung?"
"Tadi..."

Tutt.. Tutt....

Mandi. Keluarkan pakaian. Sarung. 'Kedut sangat...' Ambil iron. 'Ahhh...lantak la.. takde sapa nak ngorat pun. Tak payah gosok.' Ambil kunci kereta. Start enjin. Gerak terus ke rumah Atung.

0702hrs
Kringg!! Kringg!!
"Ye"
"Ada mana bad?"
"Aku sangkut kat MRR2"
"Oke"


0726hrs
Kringg!! Kringg!!
"Ha.."
"Dah sampai mana?"
"Kat kepala paip" (pili gergasi kat atas tangki air area Ampang)
"Oke"


0754hrs
"Assalammualaikum...."
"Ibu dah tak ada nak..."


Salam disambut oleh nenek dengan jasad Ibu yang terbujur kaku disisi. Nenek memeluk dengan linangan air mata dan cerita tentang pemergian ibu. Lama. Aku kaku tanpa suara. Perlahan aku renggangkan sedikit pelukan nenek. Tanya di mana aTunG. Naik ke atas mencari aTunG. Perlakuan yang macam ibu kucing hilang anak ditegur oleh makcik aTunG.

"Sham pergi balai."
"Owh. Balai mana?"
"Ampang."


Telefon aTunG. Terus pergi ke balai ditemani adik dia. Selesai urusan di balai. Pulang semula ke rumah aTunG. Tetamu semakin ramai datang menziarah. Baca Yassin. Kali ke-5 ulang bacaan, dada terasa sebak. Keluar. Ajak aTunG ke kereta. Sunyi sepi di dalam kereta.

"Aku nak ambik CeMeY"
Diam.
"Kebumi bila?"
"Lepas Zohor"
"Aku pergi Kajang nanti aku datang balik"


Fikiran melayang pada kali terakhir bersembang dengan arwah Ibu. 'Ini last jumpa ibu, esok ibu dah tak ada...' Terngiang suara ibu di telinga 2 hari lepas. Berhenti membuat pangilan di public phone selepas tol Sg. Besi. (tak sempat nak topup! Huhu!)

Perjalanan ke Kajang diteruskan. Balik semula ke rumah aTunG. Tunggu jenazah diuruskan. Lebih kurang pukul 4, pengebumian selesai. Pulang ke rumah. Mandi. Hantar CeMeY ke Kajang.

1900hrs
Berhenti di Petronas Bangi beli sekotak Milo. On radio:IKIMfm. Azan. Berbuka di dalam kereta dengan sekotak Milo.

Note: There's no picture to describe. Semoga Ibu atung ditempatkan dikalangan orang-orang beriman & solehah. Al-Fatihah.....

sesungguhnya kematian itu benar.. maka, bersedialah menghadapinya.. wallahu'alam..

to atung, takziah.. banyakkan berdoa kerana hanya doa anak yg soleh yg mampu membantu beliau..
Fri 5-Sep-2008 21:45
Posted by:ciPuding_7  - [Link]
takziah utk my bro antung... semoga roh bondanya di tempatkan bersama2 org yg beriman......Al-Fatihah....... Sat 6-Sep-2008 09:24
Posted by:BoNzEr bonzer_lv@yahoo.com
wah so berbakat!!! weldone2..... Sat 20-Sep-2008 23:52
Posted by:nian_ahmad nian_ahmad@yahoo.com
View all 4 comments Add comment


Wednesday, 3-Sep-2008 17:16 Email | Share | | Bookmark
--==[[ Hari Ketiga Puasa ]]==--

 
 
 
View all 9 photos...
3 September 2008
3 Ramadhan 1429
Hari ketiga puasa
-----------------------------------------


Tejin Jr.


1837hrs
Masak nasi. Panaskan rendang daging yang dibekal emak. Masak air.

Nasi setengah


1856hrs
Kring!! Kring!!
"Hello"
"Ye.."
"Buka apa karang?"
"Rendang"
"Nasi dah masak lom?"
"Tengah masak tu.."
"Air?"
"Tak tau nak minum apa lagi ni. Masak air je kang, Buat air. Tu je lah"
"Owh.. Tak keluar Pasar Ramadan?"
"Tak kot. Malas. Awak makan apa?"
"Masak je. Tapi tak tau nak masak apa."
"Oke. Gi lah masak. Kang call lagi"
"Oke. Bye"


Rendang daging


1916hrs
'izinkan aku.. memeluk dirimu.. kali ini saja.. ku ucapkan....'
"Hello"
"Dah siap masak lom tu?"
"Dah.. masak ayam sambal dengan kacang jek.."
"Bestnye! Nak buka sana boleh?"
"Erk! Dah lewat! Tak Payah!"
"Hehehe.. oke.. Selamat Buka!"
"Selamat berbuka gak"


Segelas Red Guara Coffe


1920hrs
Allahuakbar..Allahuakbar...
Masuk waktu berbuka.


Hidangan Berbuka Hari Ketiga


HIdangan:
Nasi putih
Rendang daging


Minumam:
Red Guara Coffe panas


Sila Teka Ini Ialah Apa? Hehe...


apa kene mengena rendang n kaki yang banyak tuttt tu?ekekekeke...nak rendang sket..meh la antar setengah..huhu.. Fri 5-Sep-2008 21:38
Posted by:sya_zachery sya_zachery@yahoo.co.nzuce
ekekkeke... cam rupa kaki ong cacat pon ada... ekekekke..
Omei nyer Jr. ituh... moew meow~~
Mon 8-Sep-2008 04:00
Posted by:CeMeY cemeyun@yahoo.com
Add comment


Monday, 1-Sep-2008 12:51 Email | Share | | Bookmark
--==[[ Hari Pertama Puasa ]]==--

 
 
 
View all 23 photos...
1 September 2008
1 Ramadhan 1429
Hari pertama puasa

--------------------------------



Kringg!!! Kringgg!!!
"Hello"
"Ha! Dah bangun lom?"
"Lom"
"Tu dah bercakap tu, bangun la.."
"Ye lah Mak.."

Kroih... kroih...
Lebih kurang 25 minit kemudian, Kring!!! Kringg!!!

"Dah makan lom?"
"Lom"
"tadi dah bangun apa tak makan?"
"Lom bangun lagi mak.."
"Lagi 10 minit abis sahur ni! Bangun tu.. "
"Haa?? Ye lah.. Ye lah..."


-----------------------------------------------------


Panaskan air. Masukkan sepeket instant milo + sepeket creamer + sesudu gula. Tunggu azan Subuh. Pelik. BUnyi orang sedang menjamu selera masih lagi kedengaran di rumah jiran. Azan langsung tak berkumandang. Buka sliding door. Gelap. Tengok jam. Ha??? 5.00am??? nGehehehe... Dalam diam. Menjadi umpan emak. Ketawa sendiri. Kenapalah bangun tidur tadi tak tengok jam.

-----------------------------------------------------


Tik! Tok! Tik! Tok! 9.52am.
Lama lagi masa nak tunggu waktu berbuka. Off pc. Masuk bilik. On Laptop. sambil bermalas - malasan di atas tilam. Tunggu dan tunggu. Bosan. Pandang ke luar tingkap. Mendung. Tanda hari akan hujan. Bangun, masuk bilik air, sejuk! Tak jadi mandi. Ngadap laptop lagi. =P


-----------------------------------------------------



Tenet! Tenet! Tenet! Tenet!
"@!@#$$%#%^$&*&!@##$@#"
Arghh!!! Malas! Tapi terpaksa. Bangun, masuk bilik air, bersihkan diri, sarung baju, keluar.


-----------------------------------------------------


4.42pm. Yeay!!
Start enjin kereta. Singgah KFC beli bucket 9 ketul + cheezy wedges. Pandu terus ke arah Seremban. HUjan sepanjang jalan. Perjalanan diteruskan. Tol Senawang - Rembau - Tampin - Gemencheh. Yeay!!!


-----------------------------------------------------


"Atok!! Uwan!! Paklang dah sampai!!"
Jerit Nabila dan Natasya. Turun dari kereta.
"Allahuakbar...Allahuakbar...."
Masuk waktu berbuka puasa bagi Daerah Tampin dan kawasan2 sewaktu dengannya.
Masuk ke rumah terus ke dapur. Ayah dah stenbai di meja makan. Emak menuangkan air minuman. Buka puasa dijamu bersama keluarga. Ayah. Omak. Adik Apit. Kakngah. Abang Razib. Nabila. Natasya.


-----------------------------------------------------


Hidangan makanan:
1. Nasi goreng cili api (masakan ayah)
2. Bihun goreng singapore (masakan ayah)
3. Ayam masak merah + paprik (masakan ayah)
4. Rendang daging (masakan emak)
5. KFC (beli)

Minuman:
1. Teh tarik (emak)
2. Jus oren (kakngah)
3. Soya (beli)




p/s: Tangan shaking sepanjang masa! Banyak gambar2 yang tak cantik! Mencik! =(

itu aku tau ituuuuuuuuuuuuu kaki kambeng..ekekekek uiks bard selit gamba gath..xleh masuk komuniti punya web neh...wuwuwuwuwuwu Sat 6-Sep-2008 09:32
Posted by:BoNzEr bonzer_lv@yahoo.com
adeh nk komen kt kaki terkomen kt sini..ampes toll..ehehe tgk ko shaking sgt lew ko tu x sihat lg bard weh..ehehehehe Sat 6-Sep-2008 09:34
Posted by:BoNzEr bonzer_lv@yahoo.com
Add comment


Monday, 18-Aug-2008 10:07 Email | Share | | Bookmark
--==[[ Badminton Olimpik Beijing 2008 ]]==--

 
 
 
View all 7 photos...


Hola! Impian Lee Chong Wei genggam emas musnah. Chong Wei gagal sekat aksi agresif Lin Dan. Impian berakhir dalam 39. Chong Wei offers no excuse after tame loss to Lin Dan minit. Itulah antara tajuk - tajuk utama sukan akhbar hari ini. Sebenarnya dari pagi tadi saya ingin meng'update' entry badminton ni. Malangnya saya tidak punya masa yang terluang. Begitu juga idea untuk menyusun ayat. Godek - godek PC, jumpa pula 'folder' gambar - gambar sesi badminton MobileIRC. Yeay!~



Semalam. Ahad. 17 Ogos 2008. Berlangsung sudah acara akhir Badminton Olimpik 2008 di Beijing. Pertemuan dua pemain terbaik dunia Lee Chong Wei (Malaysia) dan Lin Dan (China) berakhir. Lin Dan selaku pilihan utama begitu mendominasi dari awal hingga akhir perlawanan yang mengambil masa 41 minit. Saya menyaksikan permainan hambar daripada Lee Chong Wei yang tewas 12 - 2, 8 - 21. Impian emas berakhir di situ.



Jujur, perlawanan tersebut tidak berjaya menceriakan saya yang sememangnya 'moody' sepanjang hari semalam. Penantian sepanjang hari untuk menyanyikan lagu Negaraku sendirian di rumah berakhir dengan kekecewaan. Saya percaya, rata - rata rakyat Malaysia yang menyaksikannya juga berasa begitu. Namun, kita tidak harus menyalahkan Chong Wei. Dia bagaikan tidak mempunyai jawapan terhadap corak permainan agresif Lin Dan. Ditambah pula dengan kekerapannya menyerahkan mata mudah kerana kesilapan yang tidak saya jangkakan.



Persis Huo Yuan Jia dalam DVD Fearless yang saya tonton di rumah sahabat saya, Ayun pada akhir 2006 lalu. Itulah anggapan saya terhadap perlawanan tersebut. Tidak keterlaluan kan? Huo Yuan Jia merupakan kerabat pendekar Kung Fu terkemuka. Chong Wei pula dimiliki dan menjadi anak emas kepada kerabat jaguh badminton negara yang menaikkan nama Malaysia di mata dunia satu ketika dulu. Saya tidak mahu bercerita tentang filem tersebut. Kalau hendak tahu lebih lanjut, tontonilah sendiri. Huhu. =P



Lin Dan atau digelar 'Super Dan' oleh peminatnya di China membuatkan Lee Chong Wei kaku dengan aksi tidak melawan dan China 'dihadiahkan' kemenangan mudah. Lin Dan beraksi seperti kilat. Terlalu laju berbanding Chong Wei yang hanya mampu memukul balas setakat pertengahan gelanggang. Apapun, kita perlu mengucapkan tahniah kepada Chong Wei yang membawa pulang perak Olimpik Beijing 2008 sekaligus membolehkannya mendapat ganjaran RM300,000 serta pencen RM3,000 sebulan yang dijanjikan oleh kerajaan.



Perak yang disumbang Chong Wei tetap pingat yang pertama buat negara dalam tempoh 12 tahun sejak Malaysia kali pertama menyertai temasya sukan paling besar di dunia di Melbourne pada 1956. Badminton masih kekal satu - satunya sukan yang menyumbang pingat Olimpik negara. Atlanta 1996 menyaksikan Rashid Sidek memungut gangsa. Manakala pasangan Cheah Soon Kit-Yap Kim Hock pula menyumbang pingat perak pada temasya sama.



Berakhir saingan badminton. Tumpuan negara beralih pula ke saingan acara berbasikal, taekwondo, kapal layar dan terjun yang masih berjuang untuk membawa pulang sekurang-kurangnya emas. InsyaAllah....

P/S:Taekwondo is my field actually! =DTerdapat juga gambar2 yang dikidnap dari Yahoo!Image. EheKk!~ Jangan mara aaa~~

pandai ke ko main badminton nih..kehkehkeh.. Fri 5-Sep-2008 21:40
Posted by:sya_zachery sya_zachery@yahoo.co.nzuce
Add comment


Tuesday, 29-Jul-2008 19:29 Email | Share | | Bookmark
--==[[ How Yeah! ]]==--

 
 
 
View all 10 photos...

I go to the Metro Point Complex.
There are so many choices
Now here is Optix Eyeware TM
A perfect optic shop!
I must ensure this outfit
Cannot be critiqued.




It must be creative.
And one of a kind.
This one is perfect.
How on earth did I find.




The price is too high!
Now this spectacle is an option.
It's BLACK! Yeay! I have found it!
Almost exactly on cue!




This little black spec with sparkly straps
Is just what I need.
It's unique and original.
The fashion trends I'll soon lead!
How Yeah! tQ dear!

Care to comment?


Sunday, 27-Jul-2008 04:32 Email | Share | | Bookmark
--==[[ B.O.S.A.N ]]==--

 
 
 
View all 6 photos...

Picture captured at Janda Baik, Pahang. A year ago.

Sunday.
Nothing much to do.
Suppose I'm going to Chemomoi, Pahang.
Durian!!
Yeay!!
But something happened.
On my way to Kelana Jaya, I turned back.
Come back to my house.
End up?
BOSAN!
Sleep is the best cure for this time!



The spiral effect is remarkable.
Communicate clearly.
Think more clearly.
As your powers of self-expression increase.
Do your confidence.
And vice versa.



No matter how you approach.
A systematic course.
A reassuring reference.
Or simply as an entertaining browse.
It should sharpen your ability to express your thoughts and feelings.
Reduce progressively the frustrations and dangerous. GET THROUGH.


"Wonderboy"
Quote:
High above the mucky-muck, castle made of clouds,
There sits Wonderboy, sitting oh so proudly. Not much to say when you're high above the mucky-muck. Yeah, yeah. Wonderboy, what is the secret of your power? Wonderboy, won't you take me far away from the mucky-muck man?

Now it's time for me to tell you about Young Nastyman, archrival and nemesis of Wonderboy, with powers comparable to Wonderboy. What powers you ask? I dunno how 'bout the power of flight? That do anything for ya? That's levitation, holmes. How 'bout the power to kill a yak from 200 yards away... with mind bullets! That's telekinesis, Kyle. How 'bout the power to move you?

History of Wonderboy and Young Nastyman, Riggah-goo-goo, riggah-goo-goo. A secret to be told, a gold chest to be bold, And blasting forth with three-part harmony, yeow! Wonderboy, what is the secret of your power? Wonderboy, won't you take me far away from the mucky-muck man?

Well, Wonderboy and Young Nastyman joined forces; they formed a band the likes of which have never been seen, and they called themselves Tenacious D. That's right,

Me! And KG! That's me. We're now Tenacious D! Come fly with me, fly!
Wonderboy, what is the secret of your power?
Wonderboy, won't you take me far away from the mucky-muck man,

Oh! Take my hand! Young Nastyman, and we'll fly! Bring out your broadsword. There's the hydra. Slice his throat! And grab his scroat. You take the high road, I'll take the low. There, the crevasse, Fill it with your mighty juice.



No Or Nothing?


Memang tadak apa2 kaitan pon tu jedi. Tengok la topic tu. Kan ke topic bosan tu. nGehehehe... Tue 2-Sep-2008 02:13
Posted by:Bard badtz1001@yahoo.com
apa kena mengena kamus headphone ngan daun terup?? Sat 6-Sep-2008 04:01
Posted by:tOm
kamus utk baca time tgh bersidang headphone utk dengo lagu masa bersidang daun terup tu mmg utk bersidang..ekekeke x gitu bard.. Sat 6-Sep-2008 10:18
Posted by:BoNzEr bonzer_lv@yahoo.com
View all 6 comments Add comment


Saturday, 26-Jul-2008 12:38 Email | Share | | Bookmark
--==[[ Ribut ]]==--

 
 
 

Gambar diambil semasa nak meneruskan perjalanan


Petang hari Rabu. Saya keluar dari rumah dalam pukul 3 lebih. Tujuan asal mahu ke Bangi. Malangnya saya terkandas di pertengahan jalan. Niat mahu teruskan perjalanan tersebut. Tetapi, semasa sampai di kawasan pembinaan banglo mewah, semua kenderaan terhenti di tengah - tengah jalan. Angin beserta hujan yang sangat lebat tiba - tiba menderu. WIper yang laju tidak mampu untuk menampung kadar air hujan yang turun.

Waktu itu, di hadapan kereta saya adalah sebuah kereta perdana. Di sebelah kiri pula sebuah trailer yang juga terhenti. Berhenti mengejut. Kepala trailer senget ke kanan. Semua pemandu kelam kabut mengawal kenderaan masing - masing. Tak lama. Dalam lebih kurang 3 minit, semua kenderaan bergerak semula. Saya ber Istighfar di dalam hati.

Perjalanan diteruskan. Banyak kenderan yang berhenti di kiri jalan. Sampai di kawasan peliharaan kuda milik UPM. Sekali lagi angin kuat beserta air hujan yang sangat - sangat lebat menderu. Kali ini lebih teruk. Jalan raya tiba - tiba dilimpahi air bah. Semua kenderaan terhenti lagi.

Kali ini ramai pemandu yang membuat keputusan untuk memberhentikan kereta di lorong kecemasan. Saya masih meneruskan perjalanan. Tetapi dalam had laju yang sangat rendah. 30km/j ade kot? Macam tak bergerak. Sudahnya saya turut mengambil bahagian dalam pesta lampu hazard.

20 minit kemudian, keadaan jalan kembali normal. Kenderaan berat/besar sudah mula bergerak. Saya masih lagi menunggu kerana air bah masih lagi memenuhi sebahagian jalan. Rasa cuak pun ada juga. Angin ribut sangat - sangat kuat. Wiper laju. Tapi pandangan melalui cermin hadapan masih lagi samar - samar.

Apa pun, semuanya kembali normal selepas lebih kurang satu jam. Ribut yang tiba - tiba melanda reda. Saya teruskan perjalanan ke Bangi. Malangnya 'pakguard' dah stenbai di depan Maybank Bangi. Pejabat Pos pun dah tutup. Pakcik jual jamu depan pagar Pejabat Pos pun dah sesiap nak balik.

Pergi minum di Kopitiam. Hampir pukul 5 saya balik. Segalanya tak menjadi. Kena tunggu hari esok untuk setelkan semua perkara. Uhuk!~



Care to comment?


Friday, 11-Jul-2008 12:38 Email | Share | | Bookmark
--==[[ Koboi di Tasik KJ ]]==--

 
 
 
View all 13 photos...
Date : 5th July 2008
Day : saturday
Time : Around 11pm - 1am
Venue : Cowboy Restaurant, KJ




Cowboy Station
Address:: Kelana Jaya Lakeside Jalan Stadium, SS7/15 Taman Bandaran Kelana Jaya.
Phone:: 03-79636369
Dress:: Casual


Pergi ke Cowboy Station,KJ dengan aTunG, BuJaL dan anak2 BuJaL, juga MissNuruL. Kali keempat jejak kaki di situ. Tujuan utama nya nak tengok alleycats. Tapi malangnya tak sempat. Alleycats dengan 'trade mark' 'Time Kasey' dia dah siap-siap nak balik. Kali pertama terlepas show.



Apa yang ada? Menu-menu istimewa yang chefnya pun dah nak 'clear kitchen'. Order saja apa yang ada. Kenyang.



Ini menu saya. Chicken Chop. Sama dengan menu yang di'order aTunG. BuJaL dan anak2 dia order Spaghetti. Tak sempat nak snap gambar, dia dah ngap lak dulu. Miss NuruL order apa saya tak ingat pula. Ekekek~



Ini pula side menu, sebelum menu utama sampai. Sedap juga roti ni. Makan satu, rasa macam nak mintak lagi lapan. Hehe~ Saya makan dengan butternya. Saya tak nampak aTunG sapu butter ke roti dia. Tapi, Butter tu macam ghaib lak. Dia simpan dalam poket kot? AhakKk!~



Geram tengok roti ni. Hek! Hek!~ gRrr ..
Quote:
Bard Syah: tung
Bard Syah: camana ko buat waf waf tuh?
aTunG: grrrr wraffFF wraFFF
aTunG: wakakak
aTunG: cam aram jer
Bard Syah: okek
Bard Syah:

Ini contohnya la kan. Macamana nak sebut? Tanye aTunG. Ahakk!!~Jangan marah aa aTunG! nGeh! nGeh! nGeh!



Ini pula dua gelas laici suam untuk Dak Abang & Dak Adik. Diambil dengan jayanya oleh aTunG. Di 'setting' oleh saya. Saja bagi gambar malap-malap. Kalau tidak, surenya saya keluar pergi cari laici dalam tin yang dijual di PPOne depan tu. (Errr.. Tak suka laici pon sebenarnye!~)EhekK!~



Sekian dululah untuk entry kali ini. Ketandusan idea nak susun kata-kata. Tapi, nak update gak! Sebab tiap-tiap hari nak tengok gambar-gambar yang tak berapa nak cantik ni. nGaaa~~


terliuq eden.....pehhhhhhhhhhhhhhhhhhh Sun 27-Jul-2008 08:28
Posted by:Pu3 aDiWaRNa
uish...dekat sgt ko zoom ni..kalau ko pakai 18-24 mm lens..mesti cun.. Wed 30-Jul-2008 00:17
Posted by:zaidi xi_d82@yahoo.com
adeh..trus jd lapo walaupn perut ku kenyang.....huehue Thu 21-Aug-2008 17:42
Posted by:BoNzer bonzer_lv@yahoo.com
View all 4 comments Add comment


Monday, 23-Jun-2008 10:28 Email | Share | | Bookmark
--==[[ SUNSET ]]==--

 
 
 
View all 7 photos...
Model : Cemey


Quote:
Leaves of green turn to shades of brown,
Then leave their stems just to flutter down.
Smells of the sea join the evening breeze
As newborn stars start to fill the trees.



Quote:
The sky grows gray like the thoughts in mind,
And look back at the road just left behind.
Fire brims the surface of a waking land,
It overflows across the sky, the trees, face and the ocean's sand.



Quote:
Gather blanket and wrap them safely inside,
Like the sand on feet, let longing for them slide.
As walk back toward the road see others running past.
The clouds they kick up in the air never last.



Quote:
But no one ever stops running just to lie on that sand--
To escape from the world and hold dreams in hand.



Care to comment?


[<<  <  1  [2]  3  4  5  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.