Majlis berbuka puasa bersama user2 asamboi[dot]net di Restoran Nelayan, Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur. Pergi bersama aTunG dan RedLipStik. Keluar dari rumah jam 4 lebih. Sampai di Restoran Nelayan jam 5.30. Masih terlalu awal. Lepak sahaja di dalam kereta kerana hujan yang sangat lebat.
Camera habeh bateri. Tak banyak gambar yang dapat diambil. Ada 25 keping sahaja. Termasuk gambar gadis yang makan tak hengat dunia dan gambar tong gas yang digunakan untuk meng 'keep-warm' kan steam bot! Yihaa. Malangnya saya hanya makan makanan lain yang tidak berasaskan 'seafood'. Kalau makan juga udang, ketam, sotong, dll, dada akan rasa susah nak bernafas. So, makan sekadar kenyang sahaja. Huhu.
Ini dia seorang gadis yang makan dengan bersungguh - sungguh tanpa mempedulikan keadaan di sekeliling. AhaKk!~ Maap la ye.. ai curi2 ambil gambar yu. (Kenal pon tidak sebenarnya ni .. Eheh!~) Tempat dia selang 2 meja dari kami. Kira ada la macam ala - ala papparazi gitu...Huhu...
Tediaaaaaaaa... Muka - muka orang kekenyangan.... nGehehehee.....
Ini gambar mangsa keadaan yang terpaksa menunggu turn untuk duduk dan mengambil makanan, walaupun meja telah ditempah terlebih awal oleh As @ RedLipStik.
Terima kasih yang tidak terhinga saya ucapkan kepada As yang membelanja saya dan aTunG untuk Majlis Berbuka Puasa anjuran Asamboi[dot]net ini. Yeay!~